Monday, June 13

~~PerTunangan ~~

Ape tue pertunangan ?? citer ckit pasal pertunangan, semalam aku pergi majlis pertunangan sepupu aku kt kampung atok... meriah jgk lah.. Pertunangan adalah ikatan antara perempuan dan lelaki, pada masa inilah kedua lelaki dan perempuan akan mengenal antara satu sama lain. Dalam bahasa arab Khitbah, "Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr. Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.
Hukum berkhitbah adalah harus mengikut pendapat mazhab Syafie..
Hendak tahu tak tempoh dalam Islam semasa pertungan adalah 
1. Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama.
2. Jumhur ulamak (ramai Ulamak) berselisih pendapat dalam mentafsirkan / menentukan makna "tempoh panjang / lama" itu. Berapa hari, berapa minggu, berapa bulan, berapa tahun.
 3. Maka tempoh ini semua ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.
 4. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu HARI, maka satu harilah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.
5. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu MINGGU, maka satu minggulah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.
6. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu BULAN, maka satu bulanlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.
7. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu TAHUN, maka satu tahunlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.


Ini semua contoh yang saya berikan kepada anda semua. Maka lepas ini boleh anda rujuk sendiri 'tempoh' atau 'masa' ini kepada mereka yang tinggal di kawasan anda. Tanyakan, biasanya di tempat anda ini berapa "tempoh paling lama" khitbah / bertunang ??? Jika 2 hari, 3 minggu, 4 bulan atau 5 tahun (contoh), maka semua ini terpulang kepada 'uruf / adat di sesuatu tempat, adat, kawasan dan suasana. Semoga anda faham
*** 'uruf == adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat. So klo lama2 tue bahaye jgk taw, hehehe..
 nie contoh2 pic yg ade semasa bertunang .. 
Senenornye den pown x bertunang ag .. x taw nak ceritakan sal pertunangan nie tp nanti la InsyaAlllah klo ade jodoh.. AMIN...

No comments:

Post a Comment